Monday, February 13, 2012

6 tempat boleh mengumpat

Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat :
…..وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ……..
Maksudnya : …dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya….
قال الرسول e : إِيَّاكُمْ وَالغِيْبَةَ فَإِن َّالغِيْبَةَ أَشَدُّ مِنَ الزِّنَا. قِيْلَ لَهُ كَيْفَ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ قَدْ يَزْنِي وَ يَتُوْبُ فَيَتُوْبُ اللهُ عَلَيْهِ وَإِنَّ صَاحِبَ الغِيْبَةِ لاَ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَغْفِرَ لَهُ صَاحِبُهُ
Maksudnya: Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. ( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id )
Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu :
  1. Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya
  2. Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
  3. Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk
  4. Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat
  5. Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya
  6. Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu

Gembirakan orang lain

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya.
Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.


Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

tazkirah (bermanis muka)

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan
murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak
pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya
masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga
bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang
dan kehidupan saya penuh kesulitan?'


Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak
mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun
wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW,
salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga
kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki
penampilannya.


Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan
sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi
untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya
sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.


Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu
pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW
menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar
pahalanya.


Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah
tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan
yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati
yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga
sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


p/s : Senyulah senyumlah ahaiiii cekmek molek..... (pendy)